Wednesday, 16 January 2013

MINGGU 1



1.0 PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1.1 MENGGUNAKAN WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
  • Didalam laman sesawang, terdapat pelbagai pembekal atau sumber maklumat seperti Yahoo, Google, MSN dan sebagainya.
  • Pembekal maklumat yang popular dan sering digunakan ialah Yahoo dan Google.
  • Semua pembekal internet memberikan perkhidmatan atau bahan yang hampir sama iaitu yang mempunyai unsur- unsur seperti audio, video, teks dan grafik.
  • Bagi melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna haruslah menaip alamat internet.
  • Lazimnya, apabila pengguna 'click' ikon internet maka, pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan atau diprogramkan secara semula jadi.
      ANTARA CONTOH ALAMAT PEMBEKAL INTERNET:
 
*      www.yahoo.com
*      www.yahoo.co.uk
*      www.yahoo.com.my
*      www.google.com
  
       BAGI MENDAPATKAN BAHAN DARIPADA INTERNET:
  • Taipkan nama bahan di dalam ruang atau kotak pencari dan kemudian klik kanan pada butang 'Web Search' atau 'Google Search'. [Rujuk gambar 1(a) dan 1(b)]
  • Untuk mendapatkan bahan video, pengguna boleh klik pada perkataan video dan menaip nama bahan yang ingin dicari pada kotak pencari.
  • Seterusnya, klik kanan pada butang 'Web Search' atau 'Google Search'.

                        
                                                               Gambar: 1(a)

                          
                                                               Gambar: 1(b)
  • Video juga boleh di dapati melalui 'Youtube' dengan menaipkan alamat internet www.youtube.com.
  • Taipkan nama video di dalam kotak pencari atau ruang yang di paparkan. (Rujuk gambar 2) 
  • Selepas mendapatkan video yang ingin dicari, pengguna boleh memuat turun video tersebut dengan menggunakan 'Youtube Downloader'. 'Youtube Downloader' ini boleh dimuat turun secara percuma di internet.           
                        
                                                               Gambar: 2


1.2 MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN 
      BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
  • Bagi mendapatkan bahan daripada internet, anda haruslah: (Rujuk gambar 3)        
                          
                Gambar 3: Menunjukkan langkah- langkah mendapatkan bahan dari internet.
  • Anda akan diberi pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan "resepi"+ "masakan". Ini akan menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda " " seperti "resepi masakan". Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. (Rujuk gambar 4)  
                          
                                                            Gambar: 4
  • Setelah anda menemui maklumat yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancang melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
1.3 MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK FAIL INTERNET DAN KATALOG
  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. (Rujuk gambar 5)
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, akan dipaparkan arahan yang keluar dan sila klik copy
                          
                                                               Gambar: 5
  • Buka fail Word dan klik 'paste' alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Seterusnya, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
                        
  • Kemudian, masukkan tajuk laman tadi dan lakukan secara berulang- ulang sehingga anda mahir. Sebagai contoh, telah diberikan beberapa alamat internet seperti berikut:
            
*      Pantun Melayu:
  • Bagi mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkannya seperti yang ditunjukkan di dalam kotak di bawah ini:
 
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan dengan alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman dan sinopsis.
  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
  • Sediakan kotak seperti yang tertera di bawah ini:               
Tajuk

 URL

Sinopsis

1 comment: